Hari raya qurban disambut macam biasa setiap tahun. Bilangan budak-budak yang mengutip duit raya agak kurang berbanding hari raya puasa. May b ramai yang x balik kg kot… Walau macammanapun, sambutan tetap meriah di rumah mertua saya ni. Nak makan apa cakap, semua ada. Sebelah malam p rumah Ngah plak, makan lagi. Pukul 9 dah ngantuk sebab makan terlalu banyak. Tahun ni plan nak buat aqiqah tak menjadi sebab x sempat nak masuk nama utk join..so kena postponed dulu la…insyaallah..tahun depan kot…tapi ada gak plan nak share satu family beli lembu n pakat ramai2…apa pun tunggu je lah dulu..
Terima kasih pada semua yang jemput ke open house masing..pada yang sempat nak p tu..mintak maaf banyak2 ye…aktiviti pack sangat…Semoga semua tuan rumah yang buat open house akan dimurahkan rezeki yang halal dalam keberkatan. Jangan jadi macam sesetengah org yang suka menunjuk-nunjuk bila buat open house tapi pastu dok mengata kat belakang plak. Macam Karam Sigh Walia kata ‘Ibarat Rumah Dak Siap Tapi Pahat Berbunyi’. Apapun..hanya tuhan yang tahu niat masing2…biar la apa org kata pun..asalkan kita tahu apa yang sebenarnya…paling tidak pun..alhamdulillah…kata2 org kadang2 dapat menambah pahala kita...
Birthday Aniq gak disambut dalam hari raya qurban ni. Majlis yang tak seberapa ini diraikan dengan Mak Lang Nini, Pak Long Adi, Pak Njang Li, Pak Cik Pijan, Wan Harun, Mak Tok Yah, Abah, Mama dan Ayra yang tak berenti-renti buat kacau. Tahun ni first time la aniq celebrate b’day as abang…Aniq macam biasa..sporting bila dihalakan kamera oleh orang2 yang dikenali rapat…Semua nama-nama yang disebutkan menunggu giliran utk celebrate birthday masing2 sepanjang tahun. Macam dah jadi tradisi sejak hampir 5 tahun lalu...i am welcomed in this family…x terasa terasing n rasa dihargai oleh keluarga mertua..mak mertua n pak mertua pun layan macam anak sendiri..nak makan apa cakap je..mak mertua masak..ataupun suruh azira masak…tu yang best tu…hahaha….apa pun...keluarga sendiri tetap sentiasa di hati…cuma kesempatan untuk bersama agak kurang sebab masing2 ada kekangan masing2…